Saturday, January 31, 2009

Untuk Selamanya

Hanafi mengeluh panjang. Sudah seminggu berlalu tetapi sekolahnya masih menjalankan minggu orientasi untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 rendah sessi persekolahan 2003. Hanafi yang sedikit bosan berlalu keluar dari dewan besar dan duduk di sebuah kerusi batu. Dia melemparkan pandangannya ke arah taman bunga mini yang terletak di sebelah tepi dewan besar sekolahnya.

"Hey, apa ni? Mengelamun ya?" Fauzan, kawan yang baru dikenalinya itu berkata sambil menepuk-nepuk bahu Hanafi. "Aku tau kau boring. Alah relakslah esok tentu habis program orientasi ni. Cikgu ni pun satu. Buat sampai berminggu-minggu. Macamana budak-budak tak naik boring... Sabar ye sayang..?" katanya sambil berjenaka dengan harapan rakannya itu akan menjadi lebih ceria.

"Ye lahh.." jenaka rakannya itu disambut dengan hambar. Hanafi menjeling tajam ke arah pelajar-pelajar yang sedang membuat bising di dalam dewan itu. Dia sememangnya tidak suka dengan suasana yang bising lagi membingitkan itu. Tiba-tiba matanya tertangkap akan kelibat seorang gadis yang pernah dikenalinya dahulu.

"Wah, cute betullah budak tu. Beruntung betul siapa yang dapat pikat dia," celah Fauzan, merujuk kepada orang yang sama, sambil ekor matanya memerhatikan langkah gadis berkenaan yang sedang berjalan bersama- sama dengan seorang lagi kawannya.

"Eh, kalau tak silap akulah, dia tu dulu kawan aku masa sekolah rendah dulu. Namanya... Adelia kalau aku tak silap," kata Hanafi sambil memerah otaknya bagi mengingati wajah rakan lamanya itu. "Aku dulu pernah admire budak tu. Tapi lepas habis darjah 6, dia hilang entah kemana.." tambahnya.

"La, kawan lama kau rupanya. Em.. kau masih suka kat dia lagi ke..?" tanya Fauzan yang sudah mula memasang niat untuk memikat gadis tersebut.

"Suka lagi kot. Entahlah.. aku pun tak tahu..."

Sebentar kemudian cikgu yang bertugas memberitahu bahawa pelajar-pelajar sudah boleh memasuki kelas masing-masing. Fauzan mengajak Hanafi bangun dan berlalu meninggalkan dewan. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam kelas baru mereka bersama-sama dengan pelajar baru yang lain setelah dipandu arah oleh seorang guru.

"Hei Fi! Budak perempuan tu sekelas dengan kitalah! Beruntung betul! Tak la boring sangatkan..? Dah ada benda baru nak di'cuci mata'. Hehehe.." Fauzan memberitahunya.

Hanafi terkejut. Memang betul. Gadis berkenaan itu baru sahaja memasuki kelas, sambil mengambil tempat duduk di barisan hadapan.

"Zan, kau tunggu sini sekejap. Aku nak pergi berbual dengan dia," Fauzan mengeluh. Dia baru sahaja memasang niat untuk berborak dengan pelajar perempuan berkenaan.

"Hai. Awak ni pelajar baru ke..? Hari ni baru saya nampak awak.." Tegur Hanafi ramah.

"Oh. Saya sebenarnya baru berpindah dari sekolah lama saya," gadis tersebut memberitahunya. "Eh, muka awak ni macam saya pernah nampak la.. Kat mana ye? Em.." katanya sambil matanya memerhatikan segenap inci wajah Hanafi.

"Er.. Tumpang tanya. Awak ni Adelia Nazya ke?" tanya Hanafi tidak sabar-sabar. Dia hendak memastikan bahawa gadis dihadapannya itu adalah gadis yang pernah disukai dan pernah dirinduinya suatu ketika dahulu.

"Eh, mana tau ni? Eh..? La awak rupanya Hanafi! Dah lama saya cari awak, tau tak?" balas Adelia sambil tersengih.

"Haha. Saya yang sudah lama mencari awak....." sambung Hanafi sambil ketawa kecil.

"Aha.. kalau macam tu, awak tentu tak keberatan untuk membawa saya ronda-ronda di sekeliling sekolah ni kan?" Adelia meminta, berbaur harapan.

"Sudah tentu..."




Sejak dari hari itu. Hubungan Hanafi dengan Adelia semakin rapat. Malah lebih akrab daripada dahulu. Disebabkan mereka sekelas, mereka sering mengadakan 'study group' bersama-sama dan berbincang tentang pelajaran. Mereka juga berlumba-lumba dalam pelajaran untuk memastikan siapa yang paling hebat diantara mereka berdua. Sejak itulah, perasaan sayang dan cinta berputik di hati dan semakin menebal di kedua-dua belah pihak. Namun, mereka masih tidak berani menyuarakan perasaan masing-masing. Selain di sekolah, mereka juga sering berhubungan melalui e-mail dan telefon.

"Hei. Aku lihat kau dengan Adelia sekarang bukan main rapat lagi?" tegur Fauzan pada satu hari. "Ada apa-apa ke?" Hanafi yang sedang menggalas beg, bersedia untuk pulang hanya tersenyum.

"Takdelah. Biasa-biasa je. Haha kenapa kau tanya camtu? Cemburu ke?" balas Hanafi sambil ketawa.

Fauzan tersenyum. "Ke situ pulak kau. Ni ha, aku dengar si Suhaimi dari kelas sebelah dah pasang niat nak ambil Adelia jadi 'awek' dia," beritahu Fauzan. "Aku kawan kau, aku beritau ni sebab risaukan kau. Kalau kau nak, baik kau cepat-cepat beritahu perasaan kau tu pada Adelia. Aku tau kau suka kat dia," jelas Fauzan. Hanafi termenung sejenak memikirkan kata-kata sahabat baiknya itu.

Hujung minggu itu, Hanafi mengajak Adelia keluar bersama-samanya. Mereka menonton wayang di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota. Selepas itu mereka pun makan bersama-sama di sebuah restoran. Sebenarnya, Hanafi merancang untuk menyuarakan perasaannya terhadap gadis idamannya itu, namun dia masih lagi ragu-ragu.

"Kenapa awak ni Fi? Ada masalah ke? Lain macam je awak hari ni?" Adelia mula bersuara bila melihat Hanafi yang gelisah sejak dalam wayang tadi. "Awak ada masalah ke? Beritahu jelah. Lagipun saya ni bukan orang lain. Kawan awak juga," usul Adelia sambil tersenyum, sekaligus memaniskan lagi roma wajahnya yang comel.

"Er.. Takde.. Bukan apa Lia.." Hanafi gugup. Apa aku buat ni?? Nak ke Adelia kat aku? Ahh it's now or never!!

"Sebenarnya begini. Saya akan berterus-terang dengan awak. Saya sebenarnya sudah lama menyukai awak. Sejak dari dulu lagi," percakapannya terhenti. Hanafi gugup. Adelia sedikit terperanjat. "Saya nak ambil awak jadi teman istimewa saya. Awak fahamkan? Tapi itu cuma perasaan saya sahaja. Kalau awak tak mahu, awak abaikan saja ye? Saya..."

Hanafi sedikit tersentak apabila tiba-tiba Adelia meletakkan jari telunjuknya dibibir Hanafi. Apsal dia suruh aku diam? Alamak apa aku dah buat ni..

"Hanafi, saya memang menantikan ayat sebegitu keluar dari mulut awak. Saya juga sudah lama menyukai awak. Mungkin awak tak tahu, sejak dari sekolah rendah lagi.." Adelia terdiam, membuka cermin matanya. Cepat-cepat dia menyeka airmata yang tiba-tiba keluar.

"Saya tak akan mengabaikan perasaan awak. Jangan awak cakap macam tu lagi..." Adelia memandang tepat ke anak mata Hanafi. "I'm all yours.."

"Lia.." Hanafi kehilangan kata-kata.



Sejak dari hari itu, mereka sering dilihat jalan berdua. Dimana-mana sahaja. Dimana ada Hanafi, disitu jugalah Adelia berada. Beberapa rakan mereka hanya tersenyum apabila melihat gelagat merpati dua sejoli itu. Pada anggapan mereka, Adelia memang dilahirkan untuk Hanafi dan begitulah sebaliknya. Mereka berdua memang saling sayang-menyayangi. Namun begitu, mereka berdua tidak mengabaikan pelajaran. Pembelajaran mereka berjalan seiringan dengan hubungan mereka, sememang itulah yang Hanafi hajatkan. Dia tidak mahu, kerana cinta, pembelajaran mereka tergugat. Begitu jugalah Adelia. Dalam kebanyakan hal, mereka memang sehati sejiwa.

Hanafi merupakan seorang yang kacak, manakala Adelia pula memiliki rupa yang manis dan comel. Jiwa dan perangainya yang sedikit keanak-anakan dan manja memang membuatkan semua tersenyum melihat telatah mereka berdua. Dalam diam, ada beberapa pelajar yang dengki dengan hubungan mereka. Antaranya ialah Hidayah, sahabat baik Adelia sendiri.

"Hai Lia, aku lihat kau dengan Hanafi bukan main lagi? Berdua je. Jeles pulak aku tengokkan," sapa Hidayah pada satu hari.

"Hehe. Kenapa pula kau nak jeles? Kau pun tau kan, dialah orang yang aku tunggu-tunggu sejak 5 tahun lepas. Sekarang, dia kepunyaanku. Oh seronoknya!" Balas Adelia sambil tersengih. Hidayah hanya tersenyum sinis.

"Ha.. itulah kau. Kau belum jumpa dia sebelum ni. Aku dengar cerita dia tu suka mainkan perasaan perempuan. Lepas satu perempuan, dia angkut perempuan lain pulak. Aku tak tahulah kau yang mangsa dia yang keberapa," laju sahaja Hidayah menuturkan kata-kata.

Adelia terdiam. Air mukanya lantas berubah. "Kau jangan cakap sembarangan Dayah. Dosa tau kalau memfitnah orang," balasnya, membidas setiap kata-kata teman baiknya itu. Sesungguhnya menfitnah lebih besar dosanya daripada membunuh seorang muslim.

"Aku teman baik kau Lia. Aku cuma cakap apa yang aku dengar, apa yang aku tau. Masalahnya dah ramai cakap macam tu. Aku cuma mengingatkan je," bohong Hidayah. "Aku rasa baik kau putuskan hubungan kau dengan si Hanafi tu secepat mungkin. Habis cerita. Aku tak nak apa-apa terjadi kat kau," Hidayah menghabiskan kata-katanya lantas berlalu pergi.

Malam itu, Adelia tidak dapat tidur, memikirkan kebenaran kata-kata teman baiknya, Hidayah. Akhirnya dia membuat keputusan sendiri. Dia membuka komputer ribanya lalu mula menulis e-mail kepada Hanafi sambil ditemani airmata. Tanpa bertanyakan sendiri kepada Hanafi, dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan istimewa mereka berdua.




Keesokan harinya, Hanafi mencari-cari Adelia kerana dia mahu meminta penjelasan tentang perkara tersebut. Namun atas desakan Hidayah, Adelia mula mengelak dan menjauhkan dirinya daripada Hanafi.

Hanafi tidak berpuas hati dengan hal tersebut. Malah, semasa dia menerima dan membaca e-mail yang dihantar oleh Adelia, dia tidak dapat menahan sebak, lalu menangis dan menumbuk-menumbuk skrin komputernya. Baginya, tidak insan lain yang disayanginya di dunia ini selain Adelia.

Sebaik sahaja sekolah tamat, Hanafi mengambil kesempatan itu untuk mencari Adelia. Tiba sahaja di luar pagar sekolah, dia mula pandang meliar, mencari-cari kelibat kekasihnya itu. Dia ternampak Adelia yang sedang hendak melintasi jalan besar. Segera Hanafi mendapatkannya.

Adelia menoleh ke belakang apabila terdengar namanya dipanggil. Dia ternampak Hanafi yang sedang berlari mendapatkannya. Tanpa berfikir panjang, dia memandang ke depan dan cepat-cepat melintas, tanpa menyedari sebuah kereta sedang laju menuju ke arahnya.

Menyedari keadaan itu, Hanafi berlari laju lalu menarik tangan Adelia, dan terus menolaknya ke tepi jalan. Namun, momentum yang terhasil disebabkan larian Hanafi telah membawanya ke tengah jalan. Dalam sekelip mata itu, Adelia dapat melihat wajah Hanafi, yang terbaring setelah terjatuh di tengah jalan, untuk kali terakhir.

BANGGGG!!!!!!! Hanafi yang cuba berdiri untuk mengelak pada saat terakhir, tercampak ke tepi jalan, berdekatan dengan Adelia. Darah membasahi baju seragam sekolahnya. Kaca bertaburan di sekeliling. Orang ramai mula berkerumun. Adelia menangis teresak-esak sambil mendekati Hanafi sambil memangku kepalanya. Dia tidak mempedulikan darah yang mula membasahi tudungnya dan baju sekolahnya. Dia tidak menyangka, lelaki yang disayanginya akan berkorban sedemikian rupa. Mata Hanafi terkebil-kebil, bibirnya cuba untuk menuturkan sesuatu. Adelia menangis sambil memeluk kekasihnya itu.

"Ahhh..... Adelia... Syukurlah kau selamat.." darah menyembur keluar dari mulut Hanafi sebaik sahaja dia selesai berkata-kata. "Aku mahu memberitahu kau.. yang... aku masih.. mencintaimu... untuk selamanya...." semakin banyak darah keluar dari mulutnya. Hentakan yang kuat hampir menghancurkan segala isi perutnya. Bibir mereka bertemu, buat kali pertama dan kali terakhir.

"Sudahlah tu... Mengucap Fi, mengucap..." kata Adelia dalam sedu-sedannya sambil membisikkan kalimah suci itu ke telinga Hanafi.

Hanafi mengucap dalam keadaan payah. Sebaik sahaja selesai, kepalanya terkulai layu. Innalillahiwainnalillahhirajiunn. Adelia meraung semahu-mahunya.





- short novel yang aku hantar ke majalah sekolah (Highschool Batu Pahat) dan berjaya di-publish. Cikgu ngan kawan2 sebatch aku kata aku jiwang. Babi korang.

2 comments:

  1. ko mmg jiwang.hati lembut.gedik.cepat tacin.nk makan pelempang je tuh.hehehehhe

    ReplyDelete