Boleh mati aku esok kalau macam ni. Argghhhh idea!! Ke mana kau menghilang hah??? Kepala aku ni pun satu juga, masa-masa macam ni la die boleh blank tiba-tiba.
"Lia, kenapa kau ni? Buat proposal sehelai macam buat tesis 3 jilid pulak. Berkerut-kerut muka kau aku tengok. Apahal?" Mira, rakan sebilikku yang sentiasa prihatin, menegurku ramah.
"Tak..takde apa-apa pun," Bukan aku tak mahu beritahu kau masalah aku, tapi aku takut kau pulak yang rasa bebannya, Mira!
"Eleh, takde apa-apa konon. Tu ha, dari pukul 11 lebih tadi aku tengok kau belum siap lagi. Patut sekarang kau dah siap separuh atau lebih. Ni tak, suku pun tak sampai ha aku tengok. Betul ke tak kau ni? Kau buat kerja ke kerja buat kau? Ke berangan je dari tadi?" Mira menyeringai.
Lailahaillallah. Mati kena bunuh juga karang member aku yang sorang ni. Kepala aku tengah panas perah idea ni boleh pulak dia kutuk aku. Takpe sabar Lia, sabarr..
"Dah la Ira. Daripada kau dok tuduh aku entah apa-apa, baik kau pergi tidur je. Aku tengah pening ni. Bertambah biol kepala aku nak layan kau,"
"Pulak dah. Baik la datin. Saya tak kacau lagi. Bukan apa, saya kesian tengok datin ni. Dari tadi termenung tengok laptop tu. Nasib baik tak retak skrin laptop tu," Seloroh Mira.
Sepantas kilat dia berlari bila aku mula hendak mencapai bantal di birai katil. Hah, tau pun takut!
"Isk, macam mana ni ek? Ahhh hentam sajalah labu!" Dalam masa 20 minit, aku taip selaju mungkin, keluarkan idea sebanyak mana yang ada, dan selaju cahaya aku menutup laptop kesayanganku. Ngantuknya!
Mira kembali ke bilik dengan sebungkus plastik di tangan. La, keluar pergi kedai mamak rupanya budak ni. Makan je kerjanya.
"Lia, nah amik nih. Nasi lemak panas dengan milo ais. Aku tau mesti kau suka," Ajak Mira.
Aku yang sudah terbaring, baru nak masuk fasa pertama untuk tidur, segera bangkit menyambut hulurannya.
"Sayang jugak kau kat aku eh? Hehe,"
"Mestilah aku sayang kat kau," Seraya tu juga tangan lembut Mira mengusap pipi gebuku. Sekelip mata bibirku dikucup mesra olehnya.
"Dah la. Aku tau kau penat. Makan la cepat. Lepas tu kau nak tidur ke tergolek terguling ke suka hati kau la," Sambung Mira sambil tersengih, menampakkan barisan giginya yang cantik dan senyumannya yang menawan.
Tidak lama selepas itu, Mira yang sudah habis makan segera membasuh tangan. Diambilnya wudhu' kerana dia masih lagi belum bersembahyang Isya'. Aku yang masih menikmati nasi lemak, terkebil-kebil memerhatikannya.
"Lia, aku tidur dulu. Sweet dreams!" Kata-katanya yang terakhir sebelum masuk tidur.
Aku duduk di tepi katilku. Wajah Mira yang tidur menghadapku aku perhatikan. Terkenang pula pada pertemuan pertamaku dengan anak gadis ini, yang telah mengubah cara hidupku selamanya.
Aku masuk ke dalam bilik baruku. Wah tak sangka pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan memberikan tempat tinggal yang sebegini selesa kepada para junior. Sungguh beruntung pula rasanya memasuki universiti ini. Selepas tamat Sijil pelajaran Malaysia (SPM), dan mendapat keputusan yang memuaskan, aku memohon untuk memasuki dan mengambil jurusan Komunikasi Dan Pengajian Media. Permohonan aku diterima. Sambil itu aku berharap aku akan pergi ke mana-mana kampus cawangan UiTM yang jauh dari negeri kelahiranku, Johor. Sebabnya? Aku hendak belajar berdikari dan merasa seksanya berjauhan dengan ibu bapaku. Aku hendak membuktikan pada mereka aku bukan anak manja yang hanya pandai minta disuap. Namun, ada sebab yang lebih tepat lagi dalam pelarianku ini. Melarikan diri dari memori silam. Memori percintaanku dengan seorang lelaki. Lelaki yang bernama Hanafi. Lelaki yang sanggup mengorbankan nyawanya keranaku.
**********************************************************
"Hai!"
Tersentak aku dibuatnya. Seorang gadis, sebaya umurnya denganku, memandangku dengan wajahnya yang cantik dan berseri-seri.
"Nama saya Amira. Saya akan jadi roomate kamu hingga hujung tahun ketiga nanti," Huluran tangannya aku sambut dengan lembut dan berhati-hati. Aku memerhatikan roma wajahnya yang cantik dan comel. Wajahnya yang putih gebu, matanya yang redup dan senyumannya yang menawan ku sambut dengan tenang. Aku hanya tersengih.
"Saya Adelia. Nur Adelia Nazya. Tapi panggil saja Lia. Nice to meet you," Ringan sahaja mulutku bertutur.
"Selamat berkenalan, Lia. Maafkan saya. Saya keluar sekejap ya. Papa dan mama saya hendak balik tu. Nanti kita berbual lagi ya," Sambung Shamira sambil menghadiahkanku sebuah senyuman. Dia pun pergi mendapatkan keluarganya di tingkat bawah.
Aku memerhatikan kelibatnya yang semakin menghilang di sebalik tangga bangunan. Hah, bagusnya! Dapat rakan sebilik seperti Amira, pasti tidak akan mendatangkan masalah. Aku memerhatikan sekeliling. Nampaknya bilik baruku ini perlu dikemas. Takkan hendak duduk dan tidur dengan suasana yang berhabuk begini? Segera kucapai penyapu yang tersedia dan mula membersihkan apa yang patut.
Setengah jam kemudian, ketika aku sedang mengemas pakaianku untuk dimasukkan kedalam almari, Amira kembali.
"Dah balik ke?"
"Ha'ah. Lepas ni mesti aku rindu kat diorang punyalah," Amira sudah membahasakan dirinya 'Aku'. Nampaknya dia ni seorang yang mudah mesra.
"Heh. Sama la kita. Emm.. Mira, lepas ni kita pergi makan nak?" Ajakku tatkala Amira membuka begnya.
"Makan? Aku orait je. Tapi tunggu sekejap. Kasi aku masa sikit ye? Nak kemas barang sekejap," Balasnya. Aku tersenyum. Inilah peluang pertamaku untuk merapatkan jurang yang ada.
Aku meluangkan masa ku yang ada pada malam itu berbual dengan Mira, bercerita tentang latar belakang masing-masing. Baru aku tahu bahawa Mira juga merupakan anak gadis yang berdarah campuran. Wajahnya yang cantik dan 'cute', membuktikan kebenaran tekaanku. Ayahnya yang merupakan mualaf berbangsa Cina dan ibunya yang berdarah Melayu-Siam telah memberikan kombinasi yang baik. Aku juga merupakan seorang 'mix'. Ayahku yang berbangsa Melayu telah berkahwin dengan ibuku, seorang wanita Jepun ketika masih belajar di Kyoto International University, sedikit masa dahulu. Tidak nafikan, aku juga memiliki rupa paras yang menarik sehingga ramai pemuda terpikat hanya dengan renunganku.
"Kau dah ada pakwe ke?" Tanya Mira.
"I've used to have one, but.. uh tragedy happens," Airmukaku berubah. Tak semena-mena aku menjadi sedih bila teringat pada Hanafi.
"Apa dia buat kat kau? Eh sorry la kalau aku buat kau sedih,"
"Takpe. Lambat laun kau mesti tau juga," Telahku.
Aku pun menceritakan setiap butiran tragedi yang terjadi. Mira cuma terdiam. Akhirnya, kesedihanku yang tidak dapat dibendung lagi, terungkai jua didalam pelukan Mira. Aku menangis lagi..
"Sabarlah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya." Pujuk Mira.
"Aku tahu. Apa-apapun, aku dah malas dah nak berboyfriend-boyfriend ni. Taknak la tragedi yang sama berulang. Lagipun sekarang aku dah masuk universiti. Aku nak belajar," Luahku kepada Mira. Tangisan ku sudah reda.
"Em. Bagus tu. Aku memang setuju. Daripada kau couple dengan lelaki, baik kau couple dengan aku je,"
Secara automatik aku memandang Mira. Dia hanya membalas pandanganku dengan sengih manjanya. Betul ke tak dia ni? Sedar ke tak apa yang dia cakap tadi?
"Haa...?" Melopong mulutku, meminta penjelasan daripada Mira.
"Hehe. Aku main-main je la. Jangan la sentap. Tapi kau kan cantik, cun, cute dan memacam lagi lah. Mesti ramai yang propose untuk couple dengan kau nanti," Sengih lagi. Eh dia ni..
"Lantak lah..."
Aku dah malas nak berbual tentang perkara tu. buat sakit kepala je. Baik aku prepare ape yang patut. Lagi 2 hari dah mula kelas. Melihatkan Mira yang sudah mengantuk mendengar ceritaku, aku suruh dia masuk tidur.
Hari pertama ku dikelas, kurasakan sungguh meriah. Kelasku penuh dengan kawan-kawan yang sporting dan rata-rata mereka memberikan layanan baik padaku. Mira pula asyik melekat ditepiku. Pemalu rupanya budak ni. Tak kurang 20 orang pelajar lelaki mengusikku. Mereka kata aku cunlah, cantiklah dan macam-macam lagi. Ahh lelaki. Bukan sehari dua aku kenal spesis kau orang! Aku takkan cair punya!
Hari pertama di kelas menyaksikan kepenatanku melayan kawan-kawan baruku. Kelasku mempunya seramai 32 orang, termasuk diriku dan Mira. Mereka semua memang sporting. Kebanyakan mereka berasal dari sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam.
"Penatnya! Ni belum pun start belajar lagi. Aduh makcik dah penat dah!" Gomelku sebaik sampai di bilik. Cepat saja aku menggolekkan tubuhku diatas katil.
"Tau takpe. Tapi ramai betul eh yang puji kau tadi. Hai, awak ni dari mana? Jepun ke China? Kenapa awak cantik sangat ya? Dah berpunya ke belum? Hish, macam-macam punya perangai!"
Aku cuma tersengih mendengar gomelan Mira. Jealous la pulak.
"Alah, sudah la kau. Bukan ke diorang puji kau jugak. Siap panggil kau si comel lagi. Hah kembang hidung!" Balasku.
Giliran Mira pula tersengih.
"Penatlah. Tapi dah pukul 7.25 pulak. Aku mandi kejap. Lepas sembahyang nanti kita pergi dining yea?" cadang Mira.
Aku mengangguk. Budak ni betullah. Makan je ingat. Tak gemuk jugak aku tengok.
Malam itu, selepas makan aku pergi ke perpustakaan. Pinjam satu dua bukulah. Kalau ada novel aku angkut sekali. Takkan nak baring golek-golek je kat dalam bilik. Nak belajar aku tak tau nak baca apa pulak. Baik aku baca something.
Aku kembali kebilik dengan menyandang begku yang terisi 3 buah novel. Mira yang sedang baring meniarap membaca majalah sambil mulutnya tak henti mengunyah.
"Pergi mana?"
"Library kejap. Pinjam buku. Bosan la duduk tercongok kat bilik,"
Aku duduk di tepi katilnya, mengeluarkan buku dan menyerahkan satu kepada Mira. Dia hanya membelek sekali dua selepas itu diberikan kembali kepada aku. Aku pun berbaring dikatilku dan mula membaca.
Jarum jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Aku masih belum mengantuk. Mira hilang entah kemana. Sedar-sedar dah hilang dah. Pantang tengok aku leka sikit!
"Mak oi. Seksinya budak perempuan sorang ni. Goreng pun sedap,"
Tersirap darahku bila mendengar suara seperti seorang lelaki. Aku segera menoleh kepada empunya suara sambil menutup tubuhku yang hanya berbaju kemeja dan berseluar dalam dengan bantal. Mira tertawa melihat gelagat gelabahku.
"Oi! Apa ni? Buat terkejut orang je lah!" Terus aku baling bantal yang tadinya aku peluk. Mira memang pandai mengelak.
"Hahaha! Sorry sorry! Aku memain je. Sorry tau! Ni ha aku belikan makanan sikit untuk kau. Nasib baik kau belum tidur. Kalau tak buat rugi je. Ambil ni. Makan!"
Huh. Nasib baik kau pandai. Kalau tak kau yang aku makan!
Sedap juga nasi lemak panas ni. Tak tau pulak aku ada kedai mamak dekat sini. Macam ni tak kebulur la aku malam-malam!
Ketika aku sedang makan, aku terperasan Mira memerhatikan aku semacam. Aku buat tak tahu dan tak syak apa-apa. Sekadar renungan biasa, tekaku.
Selepas makan, aku menyambung pembacaanku yang tergendala tadi. Namun, sejak tadi aku terganggu dengan pandangan Mira yang semacam. Aku buat endah tak endah...
*****************************************
"Wei makcik. Bangunlah! Matahari dah tegak atas kepala dah ni. Taknak pergi kelas ke?"
Mataku terasa berat untuk dibuka. Ku pandang Mira yang terkebil-kebil memandangku. Aku pandang pula pada jam tanganku. Laillahaillallah. Dah pukul 9.30 pagi dah. Mesti aku tertidur baik punya masa aku tengah baca flashback waktu perkenalanku dengan Mira.
"Adui. Pening betul kepala. Kau pun sengal la. Apsal Sekarang baru kejut?" Aku menyeringai.
"Ewah. Banyak bunyi pula. Aku pun baru bangun ni. Nasib baik aku bangun! Kalau tak..."
"Okey, okey! Sempat lagi ni. Jom mandi," Ajakku. Kelas IMK sudah mula 5 minit yang lalu. Sempat lagi ni..
Tanpa berlengah sesaat pun, Mira mencapai tualanya dan tualaku, sekaligus mengheret diriku yang masih mamai ke dalam bilik air. Mandi dua orang pada satu masa dapat jimatkan masa, taklah nanti aku kena tunggu dia habis mandi atau sebaliknya.
10 minit kemudian, aku sudah siap berpakaian baju kurung dan tudung. Setiap kelas IMk mewajibkan pelajar perempuannya memakai pakaian sopan seperti yang ku pakai sekarang. Mataku melirik pula kepada Mira. Walaupun dia tidak memakai tudung, dia tetap kelihatan ayu dan comel. Rambutnya yang panjang melebihi paras bahu diikat kemas. Baju kurung bewarna krim cerah menjadi pilihannya. Aku pula memakai baju kurung bewarna kuning berbunga bercorak hitam dan tudung berwarna hitam menjadi pilihanku. Wajahku yang putih gebu memang tidak sesuai memakai tudung putih.
Tanpa melengahkan masa, aku dan Mira turun lalu mengatur langkah ke bilik Dk 7. Aku mempercepatkan langkahku apabila melihat jam di tangan sudah menunjukkan pukul 9.50 pagi.
Mampus aku. Dah la sebelum ni pun aku datang lambat. Mesti ustaz marah gila kat aku.
Teringatkan kemungkinan itu, aku sudah mula merasa resah. Ah lantaklah janji aku datang kelas!
Aku dan Mira berlari-lari anak untuk pergi ke kelas. Taknak lambat punya pasal! Ramai mata yang memandang. Peduli apa aku!
Sampai jugak! Tanpa berlengah, aku membuka pintu dan bersama-sama Mira, aku menyerbu masuk ke dalam kelas. Aku tercungap-cungap kepenatan. Aku alihkan pula pandanganku pada Mira. Alamak, dah pucat lesi dah budak ni..
"Hah! Awak lagi Adelia! Apa nak jadi awak ni? Kelmarin awak datang lambat, sekarang awak buat lagi. Mana awak letak kepala awak? Saya cukup anti dengan orang yang datang lambat!" Sergah Ustaz Marzuki yang memang terkenal dengan ketegasan dan sikap garangnya.
"Maafkan saya ustaz. Saya tidur lambat malam semalam. Saya lambat bangun tadi. Saya..." Tergagap aku hendak menjawap. Garangnya..
"Kepala hotak awak! Sudah! Lagi sekali kamu buat macam ni, saya akan kasi G untuk IMK awak!" Tengking ustaz tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang.
"Hah kamu Mira! Kamu pun sama! Lebih kurang je kamu ni dengan si Lia ni!" Sambungnya lagi. Eh, nak marah aku, marah jelah! Jangan babitkan Mira pulak! Mira hanya terkebil-kebil tatkala aku memandangnya. Semputnya masih belum hilang. Kesian pulak aku tengok dia ni.
Aku terdiam. Tanpa mempedulikan ustaz, aku segera mengambil tempat dudukku disebelah Liyana, sambil Mira membontoti langkahku.
"Peh, gila babi ustaz hari ni. Kau pun satu. Apahal kau ni? Asyik datang lambat je," Bisik Liyana apabila keadaan sudah reda.
"Ala, aku terlajak sikit je. Tu pun sentap. Sudahla malas aku nak layan," Sambungku sambil menghadiahkan jeliran lidah kepada ustaz. Beberapa rakanku yang menyedari tindakanku itu hanya tersenyum. Mereka memang masak benar dengan perangaiku yang 'hati kering'.
Ajaran ustaz pagi itu aku ikuti sambil lewa. Kepalaku asyik berfikir tentang hari-hari yang mendatang. Entah akan membawa kebaikan padaku ataupun keburukan. Namun begitu aku tetap menerima apa jua takdir yang terjadi. Mira yang perasan aku berangan, terus mencubit pehaku.
"Ehem. Kak. Tido ke? Kalau tido mata kena tutup," Bisik Mira. Eh apa pulak budak ni merepek..
"Mana ada aku tido. Kan aku tengah concentrate ni? Apasal cakap aku tido pulak?" Balasku. Cuba menutup kelemahan sendiri.
"Hehehe. Concentrate la sangat. Apasal mulut tu melopong je? Tak lain tak bukan, berangan kan? Mengaku je la.." Ah sudah.. Budak ni memang la. Tak sudah-sudah mengusik aku. Mira hanye tersengih bila aku memandangnya. Sengihannya memang memukau sesiapa yang melihat. Manja dan periang. Suka mengusik dan mengacau. Itulah Mira. Berlainan pula dengan diriku. Walaupun aku suka menghadiahkan senyuman kepada orang, namun aku pendiam. Aku hanya ketawa dan bercakap bila perlu sahaja.
"Oi. Dah habis kelas dah. Nak concentrate ape lagi?" Satu tepukan kuat mengenai bahuku, sekaligus menyedarkan aku dari mimpi siang. Cis dah habis kelas rupanya. Buat malu betul. Kalau masa sekolah dulu mesti ada loceng berbunyi..
"Haha. Concentrate sampai jadi concrete ye kak?" Satu suara pula menyampuk, disambut dengan ketawa.
Aku memandang Mira. Tak habis-habis menyengih. Macam kerang busuk pulak. Liyana, Syaf, dan Ina berdiri di sebelahku. Tersengih lagi. Apsal diorang ni?
"Jom makan!" Kata Syaf seraya menarik tanganku, menyuruhku bangun. Nak tak hendak, terpaksa aku mengikut kehendak mereka.
Perjalanan ke kafe yang digelar 'Embun' hanya memakan masa 5 minit sahaja. DK 7 dan Embun kafe hanya dipisahkan oleh 2 tingkat keatas. Tangga pula menjadi penghubung perjalanan. Kadangkala sahaja kami menggunakan lif.
"Ha.. Nak makan tu, makan banyak sikit ye sayang? Awak tu dah la kurus," Selorohku sambil memandang Mira. Mira hanya sengih dan menjelirkan lidahnya padaku. Hish betul lah macam budak-budak punya perangai.
Syaf, Liyana dan Ina sudah beratur untuk mendapatkan nasi masing-masing. Mira pula sibuk melihat-lihat lauk yang disediakan. Mira memang memilih makanannya. Sama sepertiku. Aku dan Mira tidak dapat menerima sayur dalam menu kami. Walaupun begitu aku suka makanan yang pedas, manakala Mira lebih suka manisan.
Aku pergi kaunter dan memesan Milo ais. Semasa aku berdiri didepan kaunter, aku perasan ramai yang memandangku. Ahh nak pandang apa? Jalan jelah, bisikku dalam diam.
Aku kembali ke tempat dudukku. Aku buat muka seposen. Aku takut kalau aku terpandang sesiapa, dan bertemu mata dengan seseorang akan mengakibatkan dia terpikat dengan ku. Bukan aku mahu bercakap besar, namun benda sebegini selalu terjadi. Penatnya. Setiap hari aku menempuh hariku sebegini..
No comments:
Post a Comment